Biografi Azmi Mahmud

Mohd Azmi Mahmud lahir pada 6 Mei 1967 di Parit Buntar, Perak. Beliau bukan anak jati Kedah, tetapi ketika di tingkatan empat beliau telah melanjutkan pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) di Alor Setar, Kedah. Hobi Azmi ialah bermain video game di kompleks City Point dan menonton filem Hindustan di TV2. [1]

Kerjaya Remaja

Semasa di KSAH, Azmi terpilih untuk mewakili Pasukan Sekolah-Sekolah Kedah dalam Pertandingan Piala Rahman semasa acara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Ketika di tingkatan lima pula, Azmi yang sememangnya dari awal telah bermain dalam posisi penjaga gol, telah terpilih untuk mewakili pasukan Pelajar Malaysia dalam Pertandingan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asia yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Pasukan Pelajar Malaysia mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.